Sunday 6 November 2011

Pentingnya Keyakinan

Di antara orang-orang yang menuntut ilmu daripada Nabi Musa a.s,terdapat dua orang yag berbeza perwatakan mereka.Salah seorang darinya adalah ahli ibadah.Dia sangat rajin belajar dan mengamalkan apa yang dipelajarinya.

Seorang lagi dikenali sebagai penjahat.Dia juga mengamalkan apa yang dipelajarinya dari Nabi Musa tetapi tidak bersungguh-sungguh.Kejahatannya melebihi amal kebaikannya.Suatu hari,ahli ibadah meninggal dunia.Nabi Musa a.s mendapat berita bahawa dia tergolong dalam ahli Neraka.Nabi Musa merasa hairan kerana ini tidak mengambarkan amalannya ketika dunia.Beberapa hari kemudian,penjahat itu pula meninggal dunia.Nabi Musa mendapat tahu bahawa penjahat itu termasuk penghuni syurga.Ini menambahkan lagi kehairanan Nabi Musa.
Oleh itu Nabi Musa mengambil keputusan untuk pergi kedua-dua rumah orang tersebut,untuk mengetahui apakah ada amalan-amalan lain yang menyebabkan nasib mereka berbeza.Lalu Nabi Musa pergi ke rumah abid itu.Dia bertanya kepada isteri ahli ibadah itu,"Apakah amalan suamimu yang sering dilakukan olehnya ketika dia masih hidup dahulu?"

Wanita itu menjelaskan,"Wahai Nabi Allah,Tuan juga mengetahui bahawa dia seorang yang sangat rajin beribadah.Nabi Musa bertanya lagi,"Adakah lain-lain menjadi amalannya?"Wanita itu menjawab,"sebelum tidur pada setiap malam dia akan mengucapkan:Alangkah baiknya kalau apa yang diajarkan oleh Nabi Musa itu semuanya benar.Setelah mendengar penjelasan isteri ahli ibadah itu,barulah dia memahami kedudukan yang sebenar.Kemudian dia pergi ke rumah penjahat itu pula.

Nabi Musa pun meminta isteri penjahat itu menceritakan amalan suaminya ketika masih hidup.Isterinya mengatakan "Wahai Nabi Allah,Tuan lebih mengetahui siapa suamiku.Amalan kejahatannya melebihi amalan kebaikannya.Nabi Musa bertanya lagi,"Pasti ada amalan-amalan lain dilakukan oleh suamimu?"

Isteri penjahat itu menceritakan,"Ya,pada setiap malam sebelum tidur dia akan membaca:La ilaha illallah walhamdulillah,sebagaimana diajar oleh tuan.Kini mengertilah Nabi Musa mengapa penjahat itu digolongkan sebagai penghuni Syurga.Penjahat itu bernasib baik kerana dia ikhlas dan yakin dengan amalannya.

Namun imannya yang lemah tidak mampu melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.Dia juga mempunyai satu kelebihan iaitu sentiasa mengucapkan la ilaha illallah-Tiada Tuhan melainkan Allah.Berbeza dengan ahli ibadah itu telah menerima nasib yang buruk.Walaupun dia banyak beribadah namun hatinya terselit perasaan ragu terhadap apa yang diamalkannya.Dia tidak yakin akan apa yang dilakukannya,oleh itu amalannya tidak diterima oleh ALLAH s.w.t.

Kisah ini mengingatkan kita supaya sentiasa yakin dalam beramal.Dan tidak semua amalan yang zahirnya ketika dunia itu menggambarkan nasibnya di Akhirat.

No comments:

Post a Comment