Sunday 6 November 2011

Halal setelah Haram

Seseorang lelaki yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya memasuki sebuah masjid.Ketika itu Rasullah SAW sedang solat berjemaah.Setelah selesai solat,didalam kuliah baginda telah bersabda:

"Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram,maka ia akan memperolehi yang halal"

Apabila malam tiba,syaitan telah mendorongnya kembali untuk membuat kejahatan.Dia pun memasuki sebuah rumah milik wanita yang telah kematian suaminya.Wanita itu pula tinggal bersendirian.Setelah memasuki ke dalam rumah,dia ternampak makanan yang telah sedia terhidang dan ini menimbulkan keinginannya untuk merasai makanan tersebut.Ketika hendak mengambil makanan itu,dia teringat akan sabda Rasulullah tadi iaitu barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram,maka ia akan memperolehi yang halal.Oleh itu,dia tidak jadi meneruskan keinginannya.

Kemudian setelah menggeledah di bilik rumah tersebut,dia menjumpai barang-barang permata dan wang.Sekali lagi apabila hendak mengambil barang-barang yang mudah diperolehi itu,dia teringat akan kata-kata Rasulullah.Ini telah menghalangnya dari meneruskan niatnya.Seterusnya dia melihat pula di dalam bilik yang lain di mana ada seorang wanita sedang tidur sendirian.Dia teringat lagi akan sabda Rasulullah s.a.w dan tidak menjadi menyentuh wanita itu.Akhirnya dia keluar rumah tanpa melakukan apa-apa.Dia merasa gembira kerana berjaya melawan godaan syaitan.

Setelah itu ,dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh.Kemudian dia duduk di satu sudut masjid itu sambil memikirkan dirinya.Apabila matahari telah meninggi,masuklah seorang wanita ke dalam masjid untuk bertemu rasullah s.a.w.Dia telah mengadu bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak ambil apa-apa.Dia merasa bimbang dirinya akan diapa-apakan sekiranya pencuri itu datang lagi kerana dia tinggal sendirian.Wanita itu juga mengatakan bahawa dirinya kematian suami setelah ditanyakan oleh rasulullah s.a.w.

Lalu Rasulullah melihat di sekitar masjid itu dan dilihat ada seorang lelaki yang sedang berbaring di satu sudut.Baginda menyoal lelaki itu mengenai hal-hal yang berkaitan dirinya.Lelaki itu menjawab dia hidup sendirian kerana isterinya telah pun meninggal dunia.Rasulullah kemudiannya meminta kedua orang itu untuk menikah.Namun mereka tidak menjawab kerana merasa malu.Akhirnya Rasulullah pun menikahkan pasangan tersebut.Ketika inilah,lelaki itu menangis dan mengisahkan keadaannya yang sebenar kepada baginda.

Kemudian kedua-dua orang itu keluar dar masjid menuju rumah wanita itu.Lelaki itu telah memperolehi segala yang diharamkan buatnya malam tadi.Makanan yang diharamkan memakannya telah menjadi halal baginya.Permata dan wang yang ingin dicuri telah boleh digunakan secara halal.Malah wanita yang haram disentuh itu telah boleh digaulinya kerana kini telah menjadi isterinya.

Benarlah sabda Rasulullah:"Barangsiapa meningggalkan sesuatu yang haram,maka ia memperolehi yang halal."

No comments:

Post a Comment