Sunday 6 November 2011

Panduan Mencerdaskan Minda

Akal mampu menaikkan darjat manusia ke puncak Kemuliaan.

Kejadian Akal -walaupun manusia pada asalya dijadikan daripada tanah dan kemudiannya dari air mani,Allah melengkapkan kejadian ini dengan akal.Maka Manusia menjadi makhluk yang termulia di kalangan sekalian makhluk ciptaan Allah s.w.t .Otak adalah anggota paling ajaib diciptakan oleh Allah.

Fungsi Akal ialah memandu tindak tanduk manusia kerana akal termulia daripada pancaindera yang lain.Akal menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menimbang sama ada melakulakan perkara yang baik dan mendapat pahala atau melakukan yang jahat sehingga membinasakan diri atau orang lain lantas mendapat dosa.

Dalam hadis lain Nabi s.a.w bersabda bermaksud: "Tidak ada usaha yang lebih utama oleh seseorang seperti keutamaan akal.Akallah yang membantu memberi petunjuk kepada orang yang memilikinya agar terselamat daripada kehinaan.Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pada diri seseorang sebelum sempurna akalnya."(riwayat ibnu mahbar dari umar r.a)

Selanjutnya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna akhlak seseorang itu sebelum sempurna akalnya.Setelah sempurna akal dan akhlak barulah sempurna imanya.Barulah manusia itu akan mentaati Allah dan menderhakai iblis.

Akibat mengabaikan akal sebaliknya jika akal tidak digunakan untuk tujuan mendapatkan iman,membina agama dan membentuk akhlak mulia,maka dibimbangi manusia akan tergolong ke dalam golongan yang diibaratkan lebih hina daripada haiwan,sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kami (Allah) akan isikan didalam Neraka jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia,mereka itu mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah.Mereka mempunyai mata,tetapi tidak melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah).Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai."(surah al-A'raf:179)

No comments:

Post a Comment