Sunday 6 November 2011

Apa itu Takaful menurut sistem Islam?

Definisi Takaful ialah menurut Akta Takaful 1984,Takaful didefinisikan sebagai satu skim berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang beerti untuk menjamin,menjaga atau memelihara.Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala,maka ianya memberi erti saling menjamin,saling menjaga dan saling memelihara.Didalam al-quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Sebagaimana firman Allah s.w.t:
"Maka dia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nasar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkan dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dibela dan dipelihara oleh Nabi zakaria..."

 Konsep takaful ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan.Islam amat mengalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah.Agama islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.
Asas falsafah ini berpandukan kepada beberapa hadith Rasulllah s.a.w yang antaranya:

1.Dalil Kerjasama:
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"

2.Dalil Tanggungjawab
"Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad,apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan,maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya."

3.Dalil Saling Melindungi:
"Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah,tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan."

Keistimewaan/Manfaat Takaful

Sistem takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam tiga bentuk:


1.Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah,mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

2.Manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru iaitu pemberian,hadiah,sumbangan.Para peserta pasti akan bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah.


3.Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas dari unsur yang bercanggah dengan kehendak Syariah.


sebarang pertanyaan sila hubungi


MAA TAKAFUL
MOHD TAIB AND ASSOCIATES
Financial Planning Advisory Group
Suite 8b,8th Floor,Menara MAA
No.15,Jalan Dato'Abdullah Tahir,80300 Johor Bahru.

MOHD HAIRIE BIN JEMAIN
(Agen MAA Takaful)
H.P:017-7268150
E-MAIL:zackhery820@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment