Sunday 6 November 2011

Bagaimana dengan jangkaan berlaku kiamat pada tahun 2012?

Jawapan

Ramalan tarikh kiamat bukan perkara baru.Sudah sering kali dunia dimomokkan dengan ramalan-ramalan ini, namun ternyata dunia tetap dengan aktivitinya.Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843.Beliau memiliki pengikut yang di gelar The Millerites.

Pada tahun 2009 dan 2010,ramalan perihal kiamat kedengaran lagi dan kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum maya,Mexico. Berpandukan kalendar kaum maya ,kiamat diramalkan akan berlaku pada 21 Dicember 2012 dan sebuah filem mengenainya bertajuk '2012' diterbitkan dibawah arahan Roland Emmerich.

Ramalan yang mengaitkan fenomena alam dengan malapetaka di dunia bukan perkara yang baru.Sebagai contoh,John Gribbin dan Stephen Plagemann pernah menulis buku the Jupiter Effect pada tahun 1974.Beliau meramalkan jajaran antara planet berlaku pada 10 mac 1982,dan dengan itu bumi akan digegar dengan gempa bumi dan dilanda dengan pelbagai malapetaka yang lain.Ramalan ini tidak menjadi kenyataan.

Charles Berlitz pula,berdasarkan ramalan Nostradamus menulis buku Doomsday 1999,diterbitkan pada tahun 1981.Beliau meramalkan pada tahun 1999,pola magnetik dunia berubah dan menyebabkan banjir,kemarau,pencemaran yang teruk dan bencana-bencana lain kepada bumi.Beliau kemudiannya meramalkan akan berlaku jajaran antara planet(planetary alignment) pada 5 Mei 2000,dan fenomena ini bakal menyebabkan gempa bumi,perubahan di atas muka bumi,letupan seismic (seismos) dan pelbagai malapetaka lain.Kesemua jangkaannya didapati meleset.

Ketika memasuki alaf baru,dunia digegarkan pula dengan ramalan yang mengatakan malapetaka akan melanda dunia pada tanggal 1 Januari 2000 (Y2K).Ramalan ini juga tidak menjadi kenyataan.Hari ini datang pula ramalan kiamat 2012.Sebenarnya kisah kehancuran dunia pada tahun 2012 adalah berdasarkan kalendar kaum maya dan ia menarik minat orang ramai.Pada tahun 1975 Frank Waters menulis buku Mexico Mystique dan menceritakan mengenai kalendar kaum Maya beserta ramalan malapetaka bakal menimpa dunia pada tarikh itu.

Pada tahun yang sama,Dennis dan Terence McKenna menulis buku The Invisible Landscpe:Mind,Hallucinogens and the I Ching.Mereka juga memfokuskan kepada kalendar kaum Maya dn potensi perubahan (potential transformative opportunity) yang terdapat pada trikh 21 Dicember 2012.Disebabkan isu 2012 ini dikaitkan dengan fenomena alam,iaitu pada tarikh itu akan berlaku jajaran galaksi dimana sistem solar kita-matahari,bumi,bulan bersama planet-planet lain,akan berada pada garisan "Galaksi Beam",sejajar dengan titik pusat galaksi,maka Nasa terpaksa mengeluarkan kenyataannya.

Demikan juga dengan dakwaan Planet Nibiru atau Planet X akan melanggar bumi pada tahun 2012.Ini juga pembohongan dan tidak akan berlaku.Malah planet ini sebenarnya tidak wujud.Kisah planet ini dikaitkan dengan kisah-kisah dongeng kaum sumeria pada zaman dahulu.Pada asalnya ,ramalan pada bulan Mei 2003,dan selepas ia tidak menjadi kenyataan,diubah tarikhnya kepada Dicember 2012.

Dalam islam,kalendr kaum Maya dan pentafsiran atau persepsi manusia mengenainya bukannya kalam Tuhan,bukannya wahyu dan bukan dalil bagi diimani.Demikian juga dengan filem 2012,ia bukan rujukan untuk kita.Apa yang jelas,pengarah filem 2012 mengaut keuntungan melebihi $769 juta dolar Amerika,mengikut en.wikipedia.org/wiki/2012-(film).

Dalam surah al-Araf ayat 187,Allah berkata,"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hari kiamat,'Bilakah masa datangnya?' Katakan,"Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi Tuhanku,tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia."

No comments:

Post a Comment