Sunday 6 November 2011

Benarkah agama Islam adalah agama yang susah?

Jawapan

Sebenarnya ,agama Islam adalah agama ciptaan Allah yang sesuai dengan fitrah manusia.Segala keperluan hidup manusia diambil kira oleh syariat Islam.Justeru,apabila ada perkara yang diharamkan,ia demi kebaikan manusia dan tidak bertujuan menyusahkan mereka.Allah berkata dalam surah al-Araf ayat 157,"Dan menghalalkan untuk mereka segala yang baik,serta mengharamkan untuk mereka segala yang keji."

Ajaran Islam diturunkan oleh Allah demi kebaikan seluruh manusia,malah mudah dihayati.Justeru,pada zaman nabi,sejarah membuktikan,semua golongan manusia mampu melaksanakan tuntutan agama walaupun daripada kalangan Arab gunung,atau Arab Badawi.Sehubungan dengan ini,nabi berkata,"Agama Islam itu mudah,dan tidaklah orang itu menyusahkannya melainkan dia dikalahkan oleh agama."Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari.

Pendekatan dakwah yang memperkenalkan Islam dalam bentuk yang menyusahkan dan menakutkan,adalah dilarang oleh Rasulullah.Pada zaman nabi,sebahagian sahabat ditegur kerana menggunakan pendekatan yang sedemikian.Nabi berkata,"Sesungguhnya,kamu diutus bagi memudahkan (agama) dan kamu tidak diutus bagi menyusahkan." Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari,Abu Daud,at-Tirmizi dan Ahmad.

Rasulullah adalah contoh yang baik untuk manusia.Sekiranya nabi diberi pilihan,beliau akan memilih jalan yang paling mudah dalam melakukan sesuatu,selagi mana ia tidak bercanggah dengan tuntutan syariat.Al-Bukhari dan Muslim merekodkan,"Apabila nabi berhadapan dengan dua pilihan,beliau akan memilih jalan yang lebh mudah selagi mana tidak mendatangkan dosa."

No comments:

Post a Comment