Thursday 10 November 2011

Sabda

Nabi Muhammad Saw Bersabda:

"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya.Apabila solatnya baik,nescaya ia beruntung.Apabila solat rosaknya,nescaya ia merugikan"

"Sebaik-baik sedekah adalah mengajarkan ilmu kepada muslim lainnya kemudian ia mengamalkan kepada saudara muslim lainnya"

"Barangsiapa yang hidup berhemat,nescaya Allah memperkayanya.Barangsiapa yang hidup dengan menghambur-hamburkan harta,nescaya Allah memfakirkanya."

"Tidak dikatakan beriman seseorang di antara kamu sehingga mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri."

"Demi Allah SWT,aku adalah orang yang paling takut dan paling bertakwa kepada Allah SWT.


7 Perkara Pahala

 Tujuh perkara bagi seorang hamba yang pahalanya akan tetap mengalir,sedangkan ia berada di dalam kubur iaitu:

  1. Orang yang mengajarkan Ilmu
  2. Menggali lumpur sungai
  3. Menggali perigi
  4. Menanam pokok buah-buahan
  5. Membangunkan Masjid
  6. Mewariskan musaf (Al-quran)
  7. Meninggalkan seorang anak lelaki yang meminta keampunan untuknya setelah ia meninggal dunia
Takut kepada Allah Swt Menjadi manusia yang paling mulia Kawal NAFSU syurga tempat tinggalnya.

"Kebaikan akan menghapuskan segala kejahatan di dunia ini iaitu hari Pembalasan (hari kiamat)"

Apa itu Haikal Sulaiman?

Kenapa zionis ingin meruntuhkan Masjid al Aqsa?.Dakwaan  dan alasan tidak benar dengan niat sengaja untuk meruntuhkan simbol islam disitu.Kita tidak boleh berdiam diri adakah selepas diruntuhkan oleh mereka baru kita mengambil tindakan terhadap mereka (zionis).Fikir-fikirkan lah sebagai orang islam kita harus berhati-hati,berwaspada dengan agenda jahat mereka....musuh islam ada dimana sahaja.Sebagai umat Nabi Muhammad kita perlu percaya dan yakin dengan kekuatan umat islam yang ada dari segi ilmu Al-quran yang jitu dan mendalam inyallah kita pasti berjaya.










Monday 7 November 2011

Tips Kesihatan untuk Anda

Para Tabib dari Romawi,India dan Parsi telah sepakat bahawa semua penyakit itu berpunca daripada enam perkara:

  1. Kerana terlalu banyak senggama
  2. Meminum air di tengah malam
  3. Kurang tidur di waktu malam
  4. Banyak tidur di waktu siang
  5. Makan terlampau kenyang
  6. Menahan air kencing
Tips Kesihatan.

A.Empat perkara yang mendapat menguatkan tubuh
   iaitu makan daging,mencium haruman,sering mandi dan memakai pakaian dari katun

B.Empat perkara yang dapat melemahkan tubuh
    iaitu terlalu banyak bersetubuh,terlalu banyak bersedih,terlalu banyak merenguk air liur dan terlalu makan asam-asam.

C.Empat perkara yang dapat mempertajamkan penglihatan
   iaitu duduk menghadap ka'bah,mecelak mata setiap malam,memandang yang hijau-hijau
   dan membersihkan tempat duduk.

D.Empat perkara yang dapat mengaburkan mata 
  iaitu melihat yang kotor-kotor,melihat orang yang disalib,melihat kemaluan wanita,dan duduk membelakangi ka'bah

E.Empat hal yang dapat menambah kekuatan akal
   iaitu meningggalkan berkata sia-sia,bersugi,sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para Ulama.

Sunday 6 November 2011

Doa amalan Harian.

Doa Ayat Pengerak bertujuan untuk mengelakkan bala,kemiskinan,mudarat.

"Bismillahilazhi la yar durru ma as mihi syai u fil ardi wala fis sama i wa huwas sami ul Alim"
Dengan nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi atau juga dilangit dan dia maha mendengar dan lagi maha mengetahui.

Doa ketika dalam keadaan benar-benar sukar.

"Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minazzalamin"
Tidak ada Tuhan selain Engkau.Maha Suci Engkau,sesungguhnya Aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"

Doa Pengasih 

"Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw wasy syamsa wal qamara ra aituhum lii sajidin"
Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang,matahari dan bulan semua sujud kepadaku"

Bagaimana dengan jangkaan berlaku kiamat pada tahun 2012?

Jawapan

Ramalan tarikh kiamat bukan perkara baru.Sudah sering kali dunia dimomokkan dengan ramalan-ramalan ini, namun ternyata dunia tetap dengan aktivitinya.Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843.Beliau memiliki pengikut yang di gelar The Millerites.

Pada tahun 2009 dan 2010,ramalan perihal kiamat kedengaran lagi dan kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum maya,Mexico. Berpandukan kalendar kaum maya ,kiamat diramalkan akan berlaku pada 21 Dicember 2012 dan sebuah filem mengenainya bertajuk '2012' diterbitkan dibawah arahan Roland Emmerich.

Ramalan yang mengaitkan fenomena alam dengan malapetaka di dunia bukan perkara yang baru.Sebagai contoh,John Gribbin dan Stephen Plagemann pernah menulis buku the Jupiter Effect pada tahun 1974.Beliau meramalkan jajaran antara planet berlaku pada 10 mac 1982,dan dengan itu bumi akan digegar dengan gempa bumi dan dilanda dengan pelbagai malapetaka yang lain.Ramalan ini tidak menjadi kenyataan.

Charles Berlitz pula,berdasarkan ramalan Nostradamus menulis buku Doomsday 1999,diterbitkan pada tahun 1981.Beliau meramalkan pada tahun 1999,pola magnetik dunia berubah dan menyebabkan banjir,kemarau,pencemaran yang teruk dan bencana-bencana lain kepada bumi.Beliau kemudiannya meramalkan akan berlaku jajaran antara planet(planetary alignment) pada 5 Mei 2000,dan fenomena ini bakal menyebabkan gempa bumi,perubahan di atas muka bumi,letupan seismic (seismos) dan pelbagai malapetaka lain.Kesemua jangkaannya didapati meleset.

Ketika memasuki alaf baru,dunia digegarkan pula dengan ramalan yang mengatakan malapetaka akan melanda dunia pada tanggal 1 Januari 2000 (Y2K).Ramalan ini juga tidak menjadi kenyataan.Hari ini datang pula ramalan kiamat 2012.Sebenarnya kisah kehancuran dunia pada tahun 2012 adalah berdasarkan kalendar kaum maya dan ia menarik minat orang ramai.Pada tahun 1975 Frank Waters menulis buku Mexico Mystique dan menceritakan mengenai kalendar kaum Maya beserta ramalan malapetaka bakal menimpa dunia pada tarikh itu.

Pada tahun yang sama,Dennis dan Terence McKenna menulis buku The Invisible Landscpe:Mind,Hallucinogens and the I Ching.Mereka juga memfokuskan kepada kalendar kaum Maya dn potensi perubahan (potential transformative opportunity) yang terdapat pada trikh 21 Dicember 2012.Disebabkan isu 2012 ini dikaitkan dengan fenomena alam,iaitu pada tarikh itu akan berlaku jajaran galaksi dimana sistem solar kita-matahari,bumi,bulan bersama planet-planet lain,akan berada pada garisan "Galaksi Beam",sejajar dengan titik pusat galaksi,maka Nasa terpaksa mengeluarkan kenyataannya.

Demikan juga dengan dakwaan Planet Nibiru atau Planet X akan melanggar bumi pada tahun 2012.Ini juga pembohongan dan tidak akan berlaku.Malah planet ini sebenarnya tidak wujud.Kisah planet ini dikaitkan dengan kisah-kisah dongeng kaum sumeria pada zaman dahulu.Pada asalnya ,ramalan pada bulan Mei 2003,dan selepas ia tidak menjadi kenyataan,diubah tarikhnya kepada Dicember 2012.

Dalam islam,kalendr kaum Maya dan pentafsiran atau persepsi manusia mengenainya bukannya kalam Tuhan,bukannya wahyu dan bukan dalil bagi diimani.Demikian juga dengan filem 2012,ia bukan rujukan untuk kita.Apa yang jelas,pengarah filem 2012 mengaut keuntungan melebihi $769 juta dolar Amerika,mengikut en.wikipedia.org/wiki/2012-(film).

Dalam surah al-Araf ayat 187,Allah berkata,"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hari kiamat,'Bilakah masa datangnya?' Katakan,"Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi Tuhanku,tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia."

Apakah maksud Islam?





Jawapan


Islam adalah agama ciptaan Allah dan dikurniakan melalui kesemua rasul,bermula daripada Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad.Allah berkata dalam surah Ali Imran,ayat 19,"Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah islam."


Dalam Tafsir al-Azhar,Hamka juga berkata,"Asal kalimat islam ialah aslama yang bermaksud menyerah diri.Aslama pula berasal daripada kalimat asal,"salima" yang bermaksud selamat dan sejahtera.Ia juga bermaksud menyerah,damai,dan bersih daripada sesuatu.


Justeru,kalimat islam mempunyai maksud:


  • Ketundukan serta penyerahan
  • kedamaian serta kesejahteraan
  • kesucian serta keikhlasan

Benarkah agama Islam adalah agama yang susah?

Jawapan

Sebenarnya ,agama Islam adalah agama ciptaan Allah yang sesuai dengan fitrah manusia.Segala keperluan hidup manusia diambil kira oleh syariat Islam.Justeru,apabila ada perkara yang diharamkan,ia demi kebaikan manusia dan tidak bertujuan menyusahkan mereka.Allah berkata dalam surah al-Araf ayat 157,"Dan menghalalkan untuk mereka segala yang baik,serta mengharamkan untuk mereka segala yang keji."

Ajaran Islam diturunkan oleh Allah demi kebaikan seluruh manusia,malah mudah dihayati.Justeru,pada zaman nabi,sejarah membuktikan,semua golongan manusia mampu melaksanakan tuntutan agama walaupun daripada kalangan Arab gunung,atau Arab Badawi.Sehubungan dengan ini,nabi berkata,"Agama Islam itu mudah,dan tidaklah orang itu menyusahkannya melainkan dia dikalahkan oleh agama."Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari.

Pendekatan dakwah yang memperkenalkan Islam dalam bentuk yang menyusahkan dan menakutkan,adalah dilarang oleh Rasulullah.Pada zaman nabi,sebahagian sahabat ditegur kerana menggunakan pendekatan yang sedemikian.Nabi berkata,"Sesungguhnya,kamu diutus bagi memudahkan (agama) dan kamu tidak diutus bagi menyusahkan." Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari,Abu Daud,at-Tirmizi dan Ahmad.

Rasulullah adalah contoh yang baik untuk manusia.Sekiranya nabi diberi pilihan,beliau akan memilih jalan yang paling mudah dalam melakukan sesuatu,selagi mana ia tidak bercanggah dengan tuntutan syariat.Al-Bukhari dan Muslim merekodkan,"Apabila nabi berhadapan dengan dua pilihan,beliau akan memilih jalan yang lebh mudah selagi mana tidak mendatangkan dosa."

Pentingnya Keyakinan

Di antara orang-orang yang menuntut ilmu daripada Nabi Musa a.s,terdapat dua orang yag berbeza perwatakan mereka.Salah seorang darinya adalah ahli ibadah.Dia sangat rajin belajar dan mengamalkan apa yang dipelajarinya.

Seorang lagi dikenali sebagai penjahat.Dia juga mengamalkan apa yang dipelajarinya dari Nabi Musa tetapi tidak bersungguh-sungguh.Kejahatannya melebihi amal kebaikannya.Suatu hari,ahli ibadah meninggal dunia.Nabi Musa a.s mendapat berita bahawa dia tergolong dalam ahli Neraka.Nabi Musa merasa hairan kerana ini tidak mengambarkan amalannya ketika dunia.Beberapa hari kemudian,penjahat itu pula meninggal dunia.Nabi Musa mendapat tahu bahawa penjahat itu termasuk penghuni syurga.Ini menambahkan lagi kehairanan Nabi Musa.
Oleh itu Nabi Musa mengambil keputusan untuk pergi kedua-dua rumah orang tersebut,untuk mengetahui apakah ada amalan-amalan lain yang menyebabkan nasib mereka berbeza.Lalu Nabi Musa pergi ke rumah abid itu.Dia bertanya kepada isteri ahli ibadah itu,"Apakah amalan suamimu yang sering dilakukan olehnya ketika dia masih hidup dahulu?"

Wanita itu menjelaskan,"Wahai Nabi Allah,Tuan juga mengetahui bahawa dia seorang yang sangat rajin beribadah.Nabi Musa bertanya lagi,"Adakah lain-lain menjadi amalannya?"Wanita itu menjawab,"sebelum tidur pada setiap malam dia akan mengucapkan:Alangkah baiknya kalau apa yang diajarkan oleh Nabi Musa itu semuanya benar.Setelah mendengar penjelasan isteri ahli ibadah itu,barulah dia memahami kedudukan yang sebenar.Kemudian dia pergi ke rumah penjahat itu pula.

Nabi Musa pun meminta isteri penjahat itu menceritakan amalan suaminya ketika masih hidup.Isterinya mengatakan "Wahai Nabi Allah,Tuan lebih mengetahui siapa suamiku.Amalan kejahatannya melebihi amalan kebaikannya.Nabi Musa bertanya lagi,"Pasti ada amalan-amalan lain dilakukan oleh suamimu?"

Isteri penjahat itu menceritakan,"Ya,pada setiap malam sebelum tidur dia akan membaca:La ilaha illallah walhamdulillah,sebagaimana diajar oleh tuan.Kini mengertilah Nabi Musa mengapa penjahat itu digolongkan sebagai penghuni Syurga.Penjahat itu bernasib baik kerana dia ikhlas dan yakin dengan amalannya.

Namun imannya yang lemah tidak mampu melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.Dia juga mempunyai satu kelebihan iaitu sentiasa mengucapkan la ilaha illallah-Tiada Tuhan melainkan Allah.Berbeza dengan ahli ibadah itu telah menerima nasib yang buruk.Walaupun dia banyak beribadah namun hatinya terselit perasaan ragu terhadap apa yang diamalkannya.Dia tidak yakin akan apa yang dilakukannya,oleh itu amalannya tidak diterima oleh ALLAH s.w.t.

Kisah ini mengingatkan kita supaya sentiasa yakin dalam beramal.Dan tidak semua amalan yang zahirnya ketika dunia itu menggambarkan nasibnya di Akhirat.

Halal setelah Haram

Seseorang lelaki yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya memasuki sebuah masjid.Ketika itu Rasullah SAW sedang solat berjemaah.Setelah selesai solat,didalam kuliah baginda telah bersabda:

"Barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram,maka ia akan memperolehi yang halal"

Apabila malam tiba,syaitan telah mendorongnya kembali untuk membuat kejahatan.Dia pun memasuki sebuah rumah milik wanita yang telah kematian suaminya.Wanita itu pula tinggal bersendirian.Setelah memasuki ke dalam rumah,dia ternampak makanan yang telah sedia terhidang dan ini menimbulkan keinginannya untuk merasai makanan tersebut.Ketika hendak mengambil makanan itu,dia teringat akan sabda Rasulullah tadi iaitu barangsiapa meninggalkan sesuatu yang haram,maka ia akan memperolehi yang halal.Oleh itu,dia tidak jadi meneruskan keinginannya.

Kemudian setelah menggeledah di bilik rumah tersebut,dia menjumpai barang-barang permata dan wang.Sekali lagi apabila hendak mengambil barang-barang yang mudah diperolehi itu,dia teringat akan kata-kata Rasulullah.Ini telah menghalangnya dari meneruskan niatnya.Seterusnya dia melihat pula di dalam bilik yang lain di mana ada seorang wanita sedang tidur sendirian.Dia teringat lagi akan sabda Rasulullah s.a.w dan tidak menjadi menyentuh wanita itu.Akhirnya dia keluar rumah tanpa melakukan apa-apa.Dia merasa gembira kerana berjaya melawan godaan syaitan.

Setelah itu ,dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh.Kemudian dia duduk di satu sudut masjid itu sambil memikirkan dirinya.Apabila matahari telah meninggi,masuklah seorang wanita ke dalam masjid untuk bertemu rasullah s.a.w.Dia telah mengadu bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak ambil apa-apa.Dia merasa bimbang dirinya akan diapa-apakan sekiranya pencuri itu datang lagi kerana dia tinggal sendirian.Wanita itu juga mengatakan bahawa dirinya kematian suami setelah ditanyakan oleh rasulullah s.a.w.

Lalu Rasulullah melihat di sekitar masjid itu dan dilihat ada seorang lelaki yang sedang berbaring di satu sudut.Baginda menyoal lelaki itu mengenai hal-hal yang berkaitan dirinya.Lelaki itu menjawab dia hidup sendirian kerana isterinya telah pun meninggal dunia.Rasulullah kemudiannya meminta kedua orang itu untuk menikah.Namun mereka tidak menjawab kerana merasa malu.Akhirnya Rasulullah pun menikahkan pasangan tersebut.Ketika inilah,lelaki itu menangis dan mengisahkan keadaannya yang sebenar kepada baginda.

Kemudian kedua-dua orang itu keluar dar masjid menuju rumah wanita itu.Lelaki itu telah memperolehi segala yang diharamkan buatnya malam tadi.Makanan yang diharamkan memakannya telah menjadi halal baginya.Permata dan wang yang ingin dicuri telah boleh digunakan secara halal.Malah wanita yang haram disentuh itu telah boleh digaulinya kerana kini telah menjadi isterinya.

Benarlah sabda Rasulullah:"Barangsiapa meningggalkan sesuatu yang haram,maka ia memperolehi yang halal."

Apa itu Takaful menurut sistem Islam?

Definisi Takaful ialah menurut Akta Takaful 1984,Takaful didefinisikan sebagai satu skim berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang beerti untuk menjamin,menjaga atau memelihara.Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala,maka ianya memberi erti saling menjamin,saling menjaga dan saling memelihara.Didalam al-quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.

Sebagaimana firman Allah s.w.t:
"Maka dia (Mariam) diterima oleh Tuhannya (sebagai nasar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkan dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dibela dan dipelihara oleh Nabi zakaria..."

 Konsep takaful ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan.Islam amat mengalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah.Agama islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.
Asas falsafah ini berpandukan kepada beberapa hadith Rasulllah s.a.w yang antaranya:

1.Dalil Kerjasama:
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"

2.Dalil Tanggungjawab
"Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad,apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan,maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya."

3.Dalil Saling Melindungi:
"Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah,tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan."

Keistimewaan/Manfaat Takaful

Sistem takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam tiga bentuk:


1.Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah,mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

2.Manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru iaitu pemberian,hadiah,sumbangan.Para peserta pasti akan bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah.


3.Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas dari unsur yang bercanggah dengan kehendak Syariah.


sebarang pertanyaan sila hubungi


MAA TAKAFUL
MOHD TAIB AND ASSOCIATES
Financial Planning Advisory Group
Suite 8b,8th Floor,Menara MAA
No.15,Jalan Dato'Abdullah Tahir,80300 Johor Bahru.

MOHD HAIRIE BIN JEMAIN
(Agen MAA Takaful)
H.P:017-7268150
E-MAIL:zackhery820@gmail.com
 

Panduan Mencerdaskan Minda

Akal mampu menaikkan darjat manusia ke puncak Kemuliaan.

Kejadian Akal -walaupun manusia pada asalya dijadikan daripada tanah dan kemudiannya dari air mani,Allah melengkapkan kejadian ini dengan akal.Maka Manusia menjadi makhluk yang termulia di kalangan sekalian makhluk ciptaan Allah s.w.t .Otak adalah anggota paling ajaib diciptakan oleh Allah.

Fungsi Akal ialah memandu tindak tanduk manusia kerana akal termulia daripada pancaindera yang lain.Akal menjadi neraca dalam kehidupan untuk manusia menimbang sama ada melakulakan perkara yang baik dan mendapat pahala atau melakukan yang jahat sehingga membinasakan diri atau orang lain lantas mendapat dosa.

Dalam hadis lain Nabi s.a.w bersabda bermaksud: "Tidak ada usaha yang lebih utama oleh seseorang seperti keutamaan akal.Akallah yang membantu memberi petunjuk kepada orang yang memilikinya agar terselamat daripada kehinaan.Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pada diri seseorang sebelum sempurna akalnya."(riwayat ibnu mahbar dari umar r.a)

Selanjutnya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna akhlak seseorang itu sebelum sempurna akalnya.Setelah sempurna akal dan akhlak barulah sempurna imanya.Barulah manusia itu akan mentaati Allah dan menderhakai iblis.

Akibat mengabaikan akal sebaliknya jika akal tidak digunakan untuk tujuan mendapatkan iman,membina agama dan membentuk akhlak mulia,maka dibimbangi manusia akan tergolong ke dalam golongan yang diibaratkan lebih hina daripada haiwan,sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kami (Allah) akan isikan didalam Neraka jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia,mereka itu mempunyai hati,tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah.Mereka mempunyai mata,tetapi tidak melihat tanda-tanda kekuasaan Allah.Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah).Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai."(surah al-A'raf:179)